Thursday 11 January 2018

Perlembagaan Kelab dan Persatuan

Berikut adalah contoh perlembagaan kelab dan persatuan. Kelab atau persatuan boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian :


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA BESUT

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) ………………………………………………………………… yang selepas ini disebut sebagai ‘persatuan’ sahaja.
PERATURAN 1
NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Persatuan: …………………………………………………………
b. Alamat: ………………………………………………………..
PERATURAN 2
MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi diri secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek  jasmani, emosi, rohani dan intelek
PERATURAN 3
OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai ………………………………………………………… dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu, kemahiran dan memupuk semangat bertanggungjawab serta disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli kelab akan sedaya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.
PERATURAN 4
KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5
GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
PERATURAN 6
AHLI JAWATAN KUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)
PERATURAN 7
TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa kesemasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa kesemasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan sertamenandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8
KEWANG AN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM ………….. seorang sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.
PERATURAN 9
KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10
AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11
PERATUR AN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12
TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13
PINDAAN PERLEMBAG AAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, GuruPenasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14
PEMBUBARAN PER SATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15
HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yangdijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
………………………                                    .……………..……..                                       .……….…………..
(                            )                                   (                           )                                      (                          )
Setiausaha                                                    Pengerusi                                              Guru Penasihat
Tarikh: ………………                                  Tarikh: ……………….                               Tarikh: ………………

DISAHKAN PERLEMBAGAAN INI:
………………………………….
(                                          )
Tarikh : …………………

Thursday 4 January 2018

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum

PAJSK Online merupakan Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PAJSK ini adalah pentaksiran yang perlu diambil oleh semua murid sekolah rendah dan menengah.
Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini dibangunkan bagi kemasukan prestasi berlandaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru. Sistem ini dibangunkan secara atas talian bagi memudahkan pihak berwajib (guru) untuk memasukkan data dengan cepat dan efisien.
PAJSK ini adalah khas untuk pentaksiran bukan data murid semata-mata. Ianya mempunya 3 komponen asas penilaian.

PAJSK Online

Untuk login ke Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru kita hanya perlu ke login dibawah.
Klik untuk Login ke Sistem Pentaksiran


3 Komponen PAJSK KPM

  1. SEGAK dan BMI (Body Mass Index)
  2. Kokurikulum
  • Sukan/Permainan
  • Kelab/Persatuan
  • Badan Beruniform
3. Ekstra Kurikulum

Komponen yang di Taksir dalam PAJSK

Pentaksiran ini melibatkan pelaporan dan aktiviti atau penglibatan murid. Segak & BMI contohnya hanya melibatkan guru melaksanakan ujian di sekolah. Manakala kokurikulum dibahagikan kepada sukan permainan, kelab persatuan, dan badan beruniform, lebih kepada aktiviti kokurikulum murid pada waktu kokurikulum di sekolah.
Ekstra kurikulum pula sedikit berbeza, ianya seperti sahsiah murid dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan atau kerja sukarela. Mari kita lihat gambar dibawah untuk lebih memahaminya.
3 komponen pajsk
3 komponen pajsk
Dari segi pemarkahan PAJSK, setiap modul ini memberi markah yang berlainan. Contohnya seperti berikut.
pemarkahan pajsk
pemarkahan pajsk pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum
Ya, begitulah secara mudahnya contoh pembahagian pentaksiran PAJSK ini. Oleh sebab itu, ibubapa terutama perlu paham bertapa pentingnya penilaian PAJSK ini kerana sebenarnya ianya turut menyumbang markah dalam penempatan murid untuk ke IPTA.

Cara Pengiraan Markah Sukan & Kokurikulum

Seperti yang Sistem Guru Online nyatakan, markah PAJSK anda sangat penting kerana ianya memberi credit 10% untuk pelajar ke IPTA. Contoh kepentingan markah ini adalah seperti dalam situasi berikut;
  1. Siti Soleha binti Din
  • Keputusan SPM 8A+ 1A
  • Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
  • Cemerlang PAJSK dengan markah 9.5%
2. Nurhafiza binti Mahmud
  • Keputusan SPM 8A+ 1A
  • Memohon UPU Online Program Asasi Perubatan di UIA
  • Keputusan PAJSK hanya membawa markah 4.5%
Persoalan mudah, jika pada tahun ini penempatan ke IPTA sangat hebat saingannya kerana ramai yang cemerlang dalam SPM lalu maka hanya tinggal 1 sahaja penempatan di UIA untuk program asasi perubatan. Anda rasa siapa yang akan terpilih?
Baiklah untuk lebih nampak lagi cara pengiraan markah ini mari kita memahami gambaran pengiraan markah PAJSK ini.
Pengiraan Markah dalam PAJSK
Pengiraan Markah dalam PAJSK

Kesimpulan

Diharap apa yang dikongsikan oleh kami ini dapat membuka mata murid dan ibubapa sekalian tentang pentingnya murid semua untuk aktif dalam bidang kokurikulum kerana ianya membantu mereka untuk penempatan IPTA nanti.
Selain itu, PAJSK juga memberikan kesedaran kepada murid untuk hidup dalam gaya hidup yang sihat. Kesihatan perlu diutamakan dan barulah badan cergas otak bijak.
Rujukan : Sistemguruonline

Panduan Pengurusan Kokurikulum



📚 KOLEKSI BUKU PANDUAN UNIT BERUNIFORM

📗Buku Panduan TKRS & KRS: https://goo.gl/4qeXtE

📘Buku Panduan Kawad:

📙Nota Simpulan & Ikatan:

📕Modul Membina Gajet Perkhemahan:

📔Buku Panduan Pengakap:

📓Buku Panduan PBSM:

📒Buku Panduan Puteri Islam:

👩🚒Kadet Bomba:
https://goo.gl/SihMX6


================================================================================

📘📕PANDUAN PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN📙📕

Panduan Penubuhan Persatuan Bahasa Melayu       
Panduan Penubuhan Persatuan Bahasa Inggeris                        
Panduan  Penubuhan Persatuan  Sains Dan Matematik
Panduan Penubuhan Persatuan Agama Islam
Panduan Penubuhan Kelab Komputer
Panduan Penubuhan Kelab Pusat Sumber Sekolah
Panduan Penubuhan Kelab Alam Sekitar                            
Panduan Penubuhan Kelab Rukun Negara                               
Panduan Penubuhan Kelab Bimbingan Dan Kaunseling                    
Panduan Penubuhan Kelab Seni Visual                        
http://bit.ly/36hzrfS           


📘📕BUKU PANDUAN UNIT BERUNIFORM📙📕

Buku Panduan Unit Beruniform TKRS        
Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Bomba                        
Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis
Buku Panduan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
Buku Panduan Pasukan Kadet Pertahanan Awam
Buku Panduan Persekutuan Pengakap Malaysia
Buku Panduan Bulan Sabit Merah Malaysia                            
Buku Panduan Persatuan Pandu Puteri                                  
Buku Panduan Pergerakan Puteri Islam Malaysia                    
Buku Panduan Persatuan St. John Ambulans                        
https://bit.ly/2VEMzrd                                                                                                                                              


 📘📕MODUL SUKAN DAN PERMAINAN📙📕

🏉 Modul Latihan Ragbi                                                       
⚾️ Modul Latihan Sofbol                                                   
    https://bit.ly/2LEsCfN               
⚽️ Modul Latihan Futsal                                                        
    https://bit.ly/2CHKsLZ                           
👯‍♀️ Modul Latihan Gimnastik                                                        
     https://bit.ly/2VjeKfd                                                      
🌐 Modul Latihan Sepak Takraw                                                  
    https://bit.ly/2LEZIMs                                                     
🔆 Modul Latihan Hoki                                                             
   https://bit.ly/2Ssvsaj                                                     
⚽️ Modul Latihan Bola Sepak                                                     
    https://bit.ly/2BLpN82                                                     
🏆  Modul Latihan Bola Baling                                                     
     https://bit.ly/2EYuOOM              
🏆 Modul Latihan Bola Jaring                                                    
🏆 Modul Latihan Badminton                                                     
    https://bit.ly/2LEiVOe                                                                         
🏆 Modul Latihan Ping Pong                                                          
🏃‍♂️  Modul Latihan Olahraga                                                      
✳️  Modul Latihan Bola Tampar                                                  
🏀 Modul Latihan Bola Keranjang                                               

Wednesday 3 January 2018

PENGURUSAN KO-KURIKULUM 2018

JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM

PENGERUSI
TUAN HAJI CHE SOH BIN CHE MAT (PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI
PN. HJH. AZIAH BINTI MUHAMMAD (PK KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI
SEMUA GURU PENOLONG KANAN

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
EN. JAMALIZA BIN JAAFAR

PENYELARAS KOKURIKULUM TINGKATAN 6
YM. TUAN ZULKIFLI BIN TUAN OMAR

PENYELARAS KOKURIKULUM PPKI
PN. MADURA BINTI DAUD

SETIAUSAHA SUKAN / PENYELARAS i-KePS
EN. AZNAN BIN ABAS

PENOLONG SETIAUSAHA SUKAN
EN. MOHAMAD ZAIN BIN MAT YACOB

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN
PN. CHE HASNISYAHIDA BINTI CHE HASSAN

PENOLONG PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN
PN. NOOR SHAKIRAH BINTI CHE ABDUL RAHMAN

PENYELARAS BADAN BERUNIFORM
YM. TUAN HAJI TUAN SALMAN BIN TUAN ISMAIL

PENOLONG PENYELARAS BADAN BERUNIFORM
PN. NORHAYATI BINTI WAHAB

PENYELARAS KELAB SUKAN DAN PERMAINAN (1M1S)
EN. MOHD ZAIN BIN MAT YACOB

PENOLONG PENYELARAS KELAB SUKAN DAN PERMAINAN 
EN. KHAIRUL AZHAR BIN ABD RAHMAN

PENYELARAS PAJSK
PN. WAN ROSLIZA BINTI WAN OMAR

PENYELARAS SEGAK
PN. NORZAIRA BINTI NASIL

GURU DATA KOKURIKULUM
PN. ROHAYA BINTI HUSIN

PENYELARAS ICT KOKURIKULUM
YM. RAJA MOHD ZAID BIN RAJA DAUD
EN. KHAIRUL AZRIMI BIN ARIFIN

----------------------------------------------------------------------------------------
PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM
KADET POLIS - EN. ALIAS BIN MAMAT
RENJER PUTERI - PN. HJH. WAN SALWANI BT WAN AHMAD
SILAT - PN. HASMAH BT SULAIMAN
PBSM - PN. CHE KELSOM BT ABDULLAH
KRS - PN. NURUL AIN BT MOHAMED
PKBM(U) - EN. KHAIRUL AZRIMI BIN ARIFFIN
BOMBA - PN. MAZIAH DAUD
PANDU PUTERI - PN. FAATIMATUL KAMILAH BT ISMAIL
KASPA - CIK HJH WAN FAZLIYATUN BT WAN HUSAIN
PUTERI ISLAM - PN. AZLIZA BT RAZAK
PENGAKAP REMAJA(TING. 4-5) - PN. NORZAIRA BT NASIL
PENGAKAP PPKI - PN. NORHAZIRA BT MUHAMAD RAMLI
PENGAKAP T6 - EN. CHE AWANG BIN CHE MAT
PENGAKAP MUDA (TING 1-3) - YM. TUAN MAT BIN NIK MAN
PISPA - YM. TUAN ZULKIFLI BIN TUAN OMAR

PENGURUSAN 1MURID 1SUKAN
in progress